Buku ini mengandungi Latihan intensif dalam pelbagai bentuk yang dirancang berdasarkan kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan menepati kehendak jenis item dalam format Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Buku ini diharapkan dapat meningkatkan penguasaan dan prestasi murid terhadap bidang pembelajaran yang dipelajari.
Buku ini mengandungi koleksi soalan pelbagai aras kemahiran berfikir yang disusun mengikut bab. Soalan terdiri daripada: Latihan Kemahiran Asas, Latihan Objektif Aneka Pilihan, Latihan Objektif Pelbagai Bentuk, Latihan Subjektif Respons Terhad dan Respons Terbuka